fbpx

PAU 2024: Puteri bukan lagi sekadar penyeri parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perwakilan bersemangat mendengar ucapan Nurul Amal (gambar kecil) pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO bertekad untuk tidak lagi menjadi sebagai pelengkap dan hanya menggla­morkan parti untuk mendapatkan sokongan wanita muda.

Sebaliknya kata ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi, ketika ini adalah zaman generasi muda atau digelar Gen Z yang mana pengundi muda harus diberikan perhatian dan Puteri perlu lebih menonjol ke hadapan.

“Zaman ini, zaman kita. Zaman di mana kita tentukan cara kita berjuang, zaman kita mengorak dan mencorak perjalanan kita sendiri.

“Kita perlu berkembang melangkaui sempadan parti, berkolaborasi dengan organisasi luar agar mereka dapat melihat sendiri kemampuan dan kelebihan Puteri.

“Bagi orang luar, kita hanyalah sekadar penyeri parti. Jadi, buktikan dan jadikan ubat supaya semangat kita lebih kuat,” katanya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

Ketika berkongsi kejayaan Pu­teri UMNO ketika ini, beliau berkata, sepanjang 12 bulan ini, pergerakan itu berjaya menambah sebanyak 378 cawangan baharu Puteri UMNO yang telah bersidang pada tahun ini.

Katanya, jumlah keahlian juga bertambah sebanyak 18,216 ahli di seluruh negara selain berjaya melaksanakan lebih 89 program.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI