fbpx

PAU 2024: Lanjutkan had umur ahli Puteri sehingga 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Had umur keahlian Puteri UMNO ketika ini sehingga 35 tahun.

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO mencadangkan supaya had umur ahli pergerakan itu dilanjutkan sehingga 40 tahun berbanding 35 tahun ketika ini.

Justeru ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi mahu kepimpinan tertinggi parti untuk memberi perhatian kepada sayap itu demi kelangsungan dan kemandirian parti pada masa hadapan.

“Ada yang minta lanjutkan sajalah usia Puteri kepada 40 tahun. Sudah bertahun Puteri bawa usul ini. Ada juga yang berkata tak sesuai dilanjutkan, tapi perlu dipendekkan.

“Oleh itu, saya mohon pandangan semua perwakilan dan para pembahas sekalian untuk sama-sama kita bincangkan, insya-Allah,” katanya pada Perhimpunan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

Sempena perhimpunan itu, Nurul Amal turut melancarkan Project Next GenZ iaitu inisiatif untuk menarik sokongan golo­ngan muda khususnya pengundi 18 tahun terhadap UMNO.

“Inisiatif ini merupakan usaha untuk menggalakkan penglibatan belia dalam politik, melatih mereka sebagai pemimpin dan sebagai langkah perkaderan pelapis generasi Puteri UMNO akan datang.

“Hari ini (semalam) menandakan permulaan babak baharu dalam penglibatan dan kepimpinan anak muda di Malaysia, dan kita teruja untuk melihat impak positif yang akan dibawa oleh PNG kepada pemimpin masa depan kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI