fbpx

PAU 2024 bersolidariti untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan kepimpinan dan ahli UMNO memakai selendang lambang Palestin ketika memasuki ruang Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pagi ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 hari ini menyaksikan barisan kepimpinan dan ahli UMNO yang memakai selendang lambang Palestin ketika memasuki ruang Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

Sesi pagi ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah terhadap kematian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh di Iran, bulan lalu.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Aminuddin berkata, ia sebagai tanda solidariti terhadap kematian tokoh dunia itu selain mengenang nasib rakyat Palestin yang masih ditindas sehingga kini.

“Mereka saudara kita. Kita makan nasi, mereka makan rumput, jadi kita bersimpati dan menghayati kembalinya pejuang-pejuang Palestin maka kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ismail Haniyeh yang telah syahid,” kataya sebelum memulakan sidang PAU2024 sebentar tadi.

Pada 31 Julai lalu, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan meninggal dunia akibat dibunuh di Iran.

Pada 31 Julai lalu, pemergian pemimpin tertinggi itu dilaporkan maut selepas terkena peluru berpandu ‘secara langsung’ kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan, yang dilancarkan rejim Zionis ke atas tempat penginapannya di Tehran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI