fbpx

Paralimpik Paris: Hannah optimis mampu rangkul 4 emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH turut hadir ketika majlis pelepasan kontinjen Paralimpik negara yang berlepas ke Paris pagi tadi.

SEPANG – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis kontinjen paralimpik negara mampu membawa pulang empat emas yang disasarkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada temasya kali ini.

Hannah yang ditemui media selepas majlis pelepasan kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi turut meluahkan keyakinan bahawa barisan atlet  terutama mereka yang sudah berpengalaman mampu mempamerkan aksi luar biasa di Paris. 

“Kita doakan mereka berjaya. Bagi atlet yang kali pertama, saya harap mereka dapatkan ketenangan dan keyakinan kerana Sukan Paralimpik merupakan platform berbeza,” katanya Hannah.

Pada majlis tersebut, seramai 17 atlet dan 17 pegawai telah berlepas ke Paris bersedia untuk mengharumkan nama negara selepas berbulan-bulan berhempas pulas menjalani latihan intensif sebagai persiapan ke kejohanan dunia itu.

Sebelum ini, MPM telah menetapkan sasaran empat emas untuk edisi kali ini dan jika berjaya, ia akan melengkapkan jumlah keseluruhan 10 emas yang telah diraih Malaysia sepanjang penglibatan dalam Sukan Paralimpik. 

Sebagai rekod, Malaysia telah mengumpul enam emas secara keseluruhan pada temasya berprestij berkenaan, dengan tiga diperoleh di Rio dan tiga lagi dirangkul di Tokyo 2020.

Sementara itu, Hannah turut menegaskan kepentingan para atlet menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi sepanjang berada di Paris, terutama selepas insiden cubaan rompakan berkumpulan yang melibatkan dua petugas televisyen Australia.

“Kebimbangan saya hanyalah satu, iaitu isu keselamatan. Para atlet harus berhati-hati dengan menjaga barangan peribadi seperti passport dan dompet,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN