fbpx

Padah kejar jiran dengan parang, lelaki dipenjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awizal Amri (dua dari Kiri) memohon dipenjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengejar rakan baiknya dengan sebilah parang pada 14 Ogos lalu.-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TELUK INTAN – Tindakan seorang lelaki mengejar jirannya sambil memegang sebilah parang, membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Awizal Amri Md Ali, 35, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan cemas kepada Mohd. Norajmain Mohd. Azmi, 39, di Kampung Sungai Nipah Darat di daerah Bagan Datuk pada pukul 8 malam, 14 Oktober 2023.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Kumaresen memohon hukuman penjara ekoran tidak mempunyai wang untuk membayar denda.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan dari tarikh ditangkap pada 20 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja di sebuah kedai tayar telah datang ke rumah mangsa dalam keadaan mengamuk dan mengejar lelaki itu sambil memegang sebilah parang.

Tindakan tertuduh telah menyebabkan ketakutan terhadap mangsa yang kemudian membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana berang dituduh memenggal ayam milik mangsa dalam kejadian sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI