fbpx

Lelaki tunggang Yamaha NMAX langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan mangsa yang terbaring dan tidak sedarkan diri di atas jalan raya selepas dirempuh. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang lelaki di Makkasar ditahan beberapa jam selepas merempuh seorang pengutip bekas plastik dengan motosikal jenis skuter di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek dilihat membawa motosikal jenama Yamaha NMAX sambil bermain telefon bimbit sebelum merempuh mangsa. 

Rakaman CCTV juga memaparkan mangsa terjatuh dan terbaring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Suspek kemudian bangun dan bergegas meninggalkan lokasi kejadian. 

Kejadian berlaku di Jalan Arif Rate, Kota Makassar pada Selasa lalu.

Menurut pegawai polis tempatan, suspek berjaya ditahan dalam tempoh 12 jam di rumahnya. 

“Dia boleh berdepan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun jika disabitkan bersalah. 

“Mangsa mengalami luka di bahagian kepala, muka, belakang badan dan punggung. Dia masih belum sedarkan diri di Hospital Stella Maris,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI