fbpx

Kelindan maut, kenderaan dinaiki terbabas langgar lori kargo rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Kemalangan melibatkan sebuah lori kargo dan sebuah lori dalam kejadian di kilometer 69, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) lewat petang semalam.

KLUANG – Seorang kelindan sebuah lori maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas dan melanggar sebuah lori rosak dalam kejadian di Kilometer 69, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pukul 6.20 petang semalam itu melibatkan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso dinaiki seorang warganegara India, M.Madasamy, 30, sebagai kelindan yang dipandu seorang warganegara tempatan I. Logrswaran, 29 dan lori jenis Hino dipandu oleh P. Thennarasan, 55, bersama kelindannya K. Raj Kumar, 43.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur.

“Kejadian bermula dengan lori menghadapi kerosakan sebelum berhenti di lorong kiri dan sudah dipasang kon selepas menerima bantuan daripada pasukan peronda PLUS.

“Lori Mitsubishi Fuso yang datang dari belakang dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kon serta bahagian belakang lori kargo rosak itu,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, akibat daripada pelanggaran itu, M.Madasamy yang duduk di bahagian penumpang telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan seterusnya disahkan meninggal di lokasi kemalangan.

Ujarnya, pemandu lori Mitsubishi Fuso serta pemandu lori kargo mengalami kecederaan di bahagian dada manakala kelindan lori kargo tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua mangsa cedera dan meninggal dunia di rujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI