fbpx

Kejadian ini benar-benar menyentuh hati saya – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina memuat naik ucapan takziah kepada keluarga tiga pelajar sekolah yang terkorban dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, Sarawak.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, Sarawak.

Beliau berkata, kejadian Selasa lalu yang meragut nyawa tiga pelajar sekolah tersebut benar-benar menyentuh hatinya.

“Saya menerima perkhabaran duka mengenai tragedi bot karam di Sungai Lundu, Sarawak yang melibatkan tiga murid.

“Kejadian ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya ingin menyampaikan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga terlibat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30, Selasa lalu, ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaiki mereka karam di Sungai Kayan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa bersama-sama 15 orang lagi pelajar lain menaiki perahu untuk pergi ke sekolah di SMK Senibong.

Mangsa yang maut dalam insiden tersebut ialah Vilkie Wilson, 15; Helena Fasha Petrus, 17, dan Alsma Jithil, 14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI