fbpx

Jangan beri tanggungjawab kepada golongan mungkar dan munafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah menyeru masyarakat Islam tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab dalam kalangan mereka yang berimej mungkar dan munafik.

Titah baginda, masyarakat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Baginda bertitah, kehebatan Islam hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, melalui kegiatan sosial, pencapaian ekonomi dan etika berpolitik.

“Tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas,” titah baginda pada Mesyuarat MKI Ke-72 di ibu negara hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, imej Islam dan gambaran masyarakat dunia terhadap Islam dipengaruhi oleh tahap pencapaian dan status kejayaan umat Islam.

Baginda bertitah, Islam akan lebih dihormati dan akan terus dimuliakan jika majoriti penganut Islam terdiri daripada ummah yang memperlihatkan prestasi pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Islam jangan dibiarkan kelihatan bagaikan warna yang suram, serta nama yang lompong tanpa pengisian bermakna. Kelangsungan umat Islam perlu dibina melalui pembinaan kekuatan minda dan menyuntik keyakinan untuk bersaing dan berlumba.

“Bukan kaedah menakut-nakutkan umat Islam sehingga mereka mempunyai prasangka, mempunyai prejudis, tidak selesa, merasakan diri sebagai orang asing (alien) apabila berada dalam persekitaran yang dihadiri atau dikelilingi oleh bukan Islam,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI