fbpx

Isu 3R Muhyiddin: Saya tidak campur urusan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Bersama Warga Penguat Kuasa KPDN dan Pelancaran Portal Ihsan Madani di PICC, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, menegaskan bahawa beliau tidak mencampuri urusan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa perkara berkenaan akan mengikut undang-undang serta menyerahkan siasatan berkenaan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Setakat ini kita ikut jalur (undang-undang), serah pada siasatan dan juga Peguam Negara, saya tidak campur urusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat kepada warga penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Nengeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 30 laporan polis diterima berhubung ucapan Muhyiddin didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional berkenaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Muhyiddin dilapor menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu beliau itu, antaranya surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI