fbpx

Ikrar baja tapi rokok, tembakau seludup RM118. 9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anis Rizana menunjukkan rokok dirampas Kastam Zon Tengah Unit II (Selangor). - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Taktik satu sindiket menyeludup 150.26 juta batang rokok dan 30 tan tembakau dengan mengikrar sebagai baja gagal selepas dikesan pihak berkuasa di Pelabuhan Utara dan Barat baru-baru ini.

Kesemua rampasan bernilai 118.09 juta termasuk cukai itu dirampas dari 15 buah kontena pada 23 Julai dan 12 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, berdasarkan siasatan mendapati kesemua kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 22 Julai lalu.

Katanya, dagangan tersebut berasal dari sebuah negara di Asia dan Eropah.

“Ini merupakan rampasan terbesar bagi tahun untuk rokok dan tembakau bagi Zon Tengah Unit II (Selangor).

” Nilainya sahaja adalah RM21. 31manakala cukai keseluruhan untuk rokok dan tembakau berjumlah RM96. 78 juta, ” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Selangor, Pulau Indah hari ini.

Beliau menambah, sindiket berkenaan menggunakan helah dengan mengikrar barangan tersebut sebagai baja bagi mengelakkan dikenakan duti dan cukai yang tinggi serta keperluan permit import.

Anis Rizana menegaskan pihaknya mempercayai kesemua barangan itu adalah daripada sindiket sama susulan modus operandi digunakannya.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan dalang sindiket tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI