PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang nanti.
Ia melibatkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Turut terlibat, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Pekan dan Rompin).
“Selain itu, di Sarawak hanya tertumpu di Limbang sementara di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” jelasnya.
Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE