fbpx

EPL: Lima pemain bakal dilepas Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO tidak akan kekal di United apabila dia sedia dilepaskan sama ada secara kekal atau dengan status pinjaman. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilapor bersedia untuk melepaskan lima pemainnya sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup pada hujung bulan ini.

United hampir pasti tidak akan mengekalkan khidmat Jadon Sancho dan sanggup untuk melepaskannya sama ada secara tetap ataupun dengan status pinjaman selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan.

Pemain sayap itu dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain sebelum ini, namun laporan terbaharu menyebut bahawa Chelsea sedang mengintai peluang, manakala gergasi Serie A, Juventus juga berminat.

Selain itu, United terdesak untuk melepaskan khidmat pemain tengahnya, Scott McTominay bagi membolehkan mereka meraih dana untuk membawa masuk pemain tengah PSG, Manuel Ugarte.

Pengendali pasukan, Erik Ten Hag dilapor berhasrat untuk mengekalkan McTominay, namun Napoli belum memadamkan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Scotland ini.

Sebelum ini, Fulham juga telah mengemukakan dua bidaan yang ditolak oleh United dan mereka dilapor tidak akan mengemukakan tawaran baharu selepas hampir berjaya untuk menandatangani Sander Berge dari Burnley.

Burnley yang bakal kehilangan Berge pula menunjukkan minat mereka untuk membawa masuk pemain muda United, Hannibal Mejbri yang berjaya meledak gol ketika menentang pasukan itu di Turf Moore musim lalu.

Selain itu, United juga gembira apabila rundingan bersama kelab Greece, Panathinaikos semakin hampir ke penghujung berhubung perpindahan Facundo Pellestri ketika pemain itu tidak disenarai dalam skuad ketika menentang Fulham.

Seorang lagi pemain yang bersedia untuk dilepaskan United adalah pemain pertahanan, Victor Lindelof yang berbaki kontrak semusim sahaja lagi selepas mereka berjaya mendapatkan khidmat Matthijs De Ligt. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI