fbpx

EPL: Felix pemain terbaharu sertai Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan kontrak selama tujuh tahun dari Atletico. - FB CHELSEA

LONDON – Chelsea mengesahkan bahawa mereka berjaya membawa masuk seorang lagi pemain baharu selepas menandatangani Joao Felix dari Atletico Madrid dengan kontrak selama tujuh tahun.

Pemain berusia 24 tahun itu membuat 20 penampilan ketika beraksi secara pinjaman bersama The Blues pada musim 2022/23 dan perpindahan itu menyaksikan Conor Gallagher juga melengkapkan perpindahan ke Wanda Metropolitano.

Bagaimanapun, nilai perpindahan Felix itu tidak didedahkan, namun laporan sebelum ini menyebut bahawa Chelsea bersetuju dengan yuran sebanyak £40 juta (RM228.38 juta).

“Saya sangat gembira ketika tempoh pinjaman di Chelsea sebelum ini dan saya memberitahu rakan-rakan dan keluarga bahawa saya sangat gembira untuk kembali ke Liga Perdana satu hari nanti.

“Untuk meneruskan karier bola sepak bersama Chelsea adalah perasaan yang hebat dan saya sangat teruja dapat kembali ke Stamford Bridge,” katanya.

Felix menyertai Atletico pada 2019 dan membuat 131 penampilan bersama skuad kendalian Diego Simeone, namun dua musim terakhir menyaksikan dia dipinjamkan termasuk menyertai Barcelona sepanjang musim lalu.

Sebelum itu, Gallagher akhirnya melengkapkan perpindahan ke Atletico biarpun pada awalnya rundingan tersebut dilaporkan gagal mencapai kata sepakat selepas kelab Sepanyol itu enggan melepaskan pemain yang diinginkan Chelsea, Samu Omordian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI