fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuaca cerah di sekitar ibu negara pagi ini. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca baik di kebanyakan tempat di Semenanjung dijangka berterusan hingga tengah hari nanti.

Bagaimanapun, tiga negeri menerima amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga lewat pagi nanti.

Menurut MetMalaysia, ia melibatkan keseluruhan Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi dan Kulim.

Turut mengalami cuaca buruk adalah Sabah membabitkan kawasan Pedalaman di Kuala Penyu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI