fbpx

[VIDEO] Cantik sangat Puteri Sultan Pahang berinai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Puteri Afzan pada Istiadat Perkahwinan Diraja Istiadat Berinai yang berlangsung pada malam ini.

PETALING JAYA – Ramai yang memuji kecantikan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Perkahwinan Diraja Istiadat Berinai yang berlangsung pada malam ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai meninggalkan komen bukan sahaja terpegun dengan kecantikan Puteri Sultan Pahang, bahkan ramai memuji keanggunan busana pengantin.

“Masya-Allah, cantik sangat Tengku Afzan,” kata Nabil Nurnarissa.

“Apa warna baju Tengku Afzan ni? Cantik,” kata Intan Safinas.

Dalam masa sama, ramai yang berpuas hati berpeluang menyaksikan Istiadat Berinai yang ditayangkan secara langsung di media sosial Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Mujur tak keluar rumah. Dapat tengok sambil baring,” ujar Anis Athirah Zulkifli.

“Terbaik, dapat juga kami tengok ‘live’,” ujar Ellia Norni Elias.

Semalam Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Afzan dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

@maliazlnpda ketibaan pengantin diRaja🥰 ISTIADAT BERINAI Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan FD Idzham Bin FD Iskandar 18 Safar 1446 Hijrah Bersamaan 23 Ogos 2024 Masihi #tengkuafzan #tengkuafzanaminahhafizatullah #FDizham #PahangRoyalFamily #RoyalPahang #royalpahangfamily #RTM #BeritaRTM ♬ original sound – ✨A.H✨

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI