fbpx

Berlian kedua terbesar ditemui di Botswana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERLIAN kedua terbesar ditemui di Lombong Karowe, Bostwana. - Foto Lucara Diamond Corp

GABORONE, Botswana – Sebutir berlian antara terbesar di dunia ditemui di sebuah lombong di Botswana, demikian menurut kerajaan negara selatan Afrika itu seperti laporan laman berita MailOnline semalam.

Berlian seberat 2,492 karat (588.4 gram) itu ditemui di Lombong Karowe yang terkenal di Botswana.

Lombong tersebut pernah mengeluarkan empat butir berlian yang setiap satu melebihi berat 1,000 karat (200 gram). 

Kerajaan Botswana berkata, berlian itu dipercayai yang kedua terbesar pernah ditemui dari mana-mana lombong.

Lombong Karowe dikendalikan oleh syarikat perlombongan Kanada, Lucara Diamond Corp.

Ia memperoleh berlian ‘luar biasa’ itu dengan menggunakan teknologi sinar-X. 

“Kami sangat gembira dengan penemuan berlian 2,492 karat yang luar biasa ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lucara, William Lamb.

Permata itu adalah yang terbesar pernah ditemui dalam tempoh lebih 100 tahun dan kedua terbesar pernah digali dari lombong selepas berlian Cullinan dijumpai di Afrika Selatan pada tahun 1905. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI