fbpx

Bayar RM3,000 seludup migran ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mereka ditahan dalam serbuan dilaksanakan di sekitar Lembah Klang malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 29 warga Myanmar termasuk lima ejen yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan migran ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sekitar Lembah Klang semalam

Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman menyerbu empat kediaman pangsapuri yang dijadikan sebagai lokasi transit, iaitu di Cheras dan Kajang pukul 10.35 malam tadi.

Ketua Penolong Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Soffian Santong berkata, serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan serta memfokuskan kepada tangkapan ke atas migran yang memasuki negara melalui jalan tidak diwartakan selain ejen-ejen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

“Hasil siasatan awal mendapati semua 24 migran Myanmar terdiri daripada 22 lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun ditempatkan dalam empat kediaman yang diserbu sejak dua minggu lalu.

“Mereka disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui jalan darat dari Pantai Timur selepas membayar antara RM2,000 hingga RM3,000 seorang kepada ejen warga Myanmar terbabit,” katanya.

Soffian berkata, pihaknya masih mengenal pasti tujuan dan destinasi sebenar migran Myanmar ini akan dibawa.

“Kesemua lima ejen yang ditahan menjalankan aktiviti menyeludup masuk migran sejak tiga bulan lalu.

“Kita sedang menyiasat jumlah kemasukan migran yang dilakukan oleh mereka sejak tiga bulan lalu selain mengenalpasti lokasi mereka (migran) pada masa ini,” ujarnya.

Jelas beliau, lima ejen lelaki terbabit berusia antara 27 hingga 30 tahun disiasat di bawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 manakala tangkapan 24 orang migran Myanmar disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Semua tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Cheras untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI