fbpx

Bayang misteri seperti wajah manusia muncul di lokasi nahas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU lembaga ganjil seperti wajah manusia muncul di lokasi nahas pesawat di Thailand semalam. - Foto Khaosod

BANGKOK –  Pekerja-pekerja penyelamat mengalami detik menyeramkan apabila bayang misteri menyerupai wajah manusia muncul ketika mereka mencari anggota badan mangsa nahas kapal terbang yang meragut sembilan nyawa di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini. 

Bayang misteri itu dikongsikan di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.

Seorang pekerja penyelamat berkenaan, Jairak Pitakchip berkongsi gambar itu di media sosial semalam.

Foto tersebut dirakam semasa usaha awal mencari mayat manusia dan serpihan  pesawat di  lokasi nahas. 

Pesawat itu terhempas secara tragis, menyebabkan serpihan berkecai dan cebisan badan manusia berselerakan.

Gambar itu menunjukkan seorang pekerja penyelamat mengendalikan sebuah jengkaut tetapi apa yang menarik perhatian ialah terdapat bayang misteri yang kelihatan seperti wajah manusia.

Netizen rata-rata menyatakan terkejut melihat  bayang-bayang yang luar biasa itu.

Nahas itu berlaku selepas sebuah pesawat penumpang dalam penerbangan domestik terhempas petang semalam sejurus berlepas dari lapangan terbang utama di Bangkok.

Pasukan penyelamat tidak menemui mangsa terselamat di lokasi nahas iaitu sebuah kawasan paya bakau di wilayah Chachoengsao,  kira-kira 40 kilometer dari lapangan terbang tersebut.

Media tempatan melaporkan, pesawat terbabit membawa tujuh penumpang dan dua juruterbang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI