fbpx

Bahagian Penguat Kuasa KPDN dicadang jadi jabatan – Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Penguat Kuasa KPDN di PICC, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap agar kerajaan mempertimbang untuk menaik taraf Bahagian Penguat Kuasa KPDN kepada jabatan di kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ia berikutan komponen penguatkuasaan perdagangan dalam negeri dalam sistem kerajaan telah bermula seawal tahun 1972.

Katanya, setelah lebih lima dekat, menjadi harapan KPDN agar keberadaan Bahagian Penguat Kuasa itu dapat diperkasakan pada kedudukan dan tempatnya.

“Hari ini kita ada pelbagai komponen penguatkuasaan dalam kerajaan yang bertaraf jabatan dan agensi.

“Kita juga ada badan pengurusan sukarelawan dalam kerajaan yang telah bertaraf jabatan.

“Begitu juga organisasi mentadbir urus komunikasi komuniti yang juga menjadi jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Bersama Warga Penguat Kuasa KPDN dan Peluncuran Portal Ihsan Madani di sini, hari ini.

Armizan berkata, pihaknya berharap perkara berkenaan akan melalui proses dan pertimbangan oleh kerajaan.

“Kita cukup yakin, dengan mandat Perdana Menteri, insya-Allah, Ketua Setiausaha Negara bersama Jabatan Perkhidmatan Awam boleh menyusun perkara ini sewajarnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Armizan juga mahu sebahagian daripada hasil rampasan dan penalti melalui aktiviti penguatkuasaan dikembalikan semula kepada KPDN khususnya untuk pembangunan kapasiti Bahagian Penguat Kuasa.

“Kalau tidak pun dalam bentuk tabung, mungkin boleh dikira-kira dalam kaedah Buku 555. Saya yakin Kementerian Kewangan cukup memahami,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengesyorkan kerajaan supaya mempertimbangkan bantuan pembangunan kapasiti Suruhanjaya Persaingan (MyCC) dalam usaha memerangi kewujudan kartel dan monopoli yang bermasalah dengan lebih agresif.

Jelasnya, sejak penubuhan pada 1 April 2011, sehingga kini suruhanjaya terbabit hanya mempunyai seramai 17 pegawai penyiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI