fbpx

[VIDEO] Arus deras landa kereta kabel Langkawi, Nissan Almera hanyut masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan dihanyutkan arus sebelum ditemui dalam keadaan remuk

LANGKAWI – Kawasan kereta kabel di kaki Gunung Mat Chincang, di sini dan kampung berhampiran dilanda arus deras selepas berlaku hujan lebat di gunung tersebut hari ini.

Beberapa video yang memaparkan kejadian arus deras di destinasi pelancongan terkenal itu dan Kampung Felcra Kok tular di media sosial, sebentar tadi.

Menerusi video tular, kelihatan sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai tanpa penumpang di tempat letak kenderaan dihanyutkan arus sebelum ditemui dalam keadaan remuk tidak jauh dari situ.

Selain itu, air sungai di kawasan berkenaan turut melimpah dan mengalir deras ke premis-premis perniagaan di situ dengan sebuah kafe ditenggelami air.

Kalangan pengunjung dilihat berteduh di salah satu bangunan di situ.

Selain lokasi berkenaan, terdapat juga video memaparkan berlaku kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dari kawasan gunung yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI