fbpx

300 laporan polis akan dibuat semua kampung di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD AZIZI (dua dari kanan) bersama ketua-ketua kampung selepas membuat laporan polis di hadapan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Kira-kira 300 laporan polis akan dibuat oleh penduduk kampung di daerah ini terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Penghulu Bentong 1, Muhammad Azizi Khalid berkata, laporan polis pertama dibuat olehnya hari ini sebagai pencetus kepada laporan-laporan polis yang akan dibuat oleh setiap wakil kampung di daerah ini.

“Laporan ini adalah sebagai permulaan dan selepas ini setiap kampung akan membuat kira-kira 13 laporan polis dengan dijangka kira-kira 300 laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kami memohon supaya pihak polis membuat siasatan di atas kenyataan ceramah bekas Perdana Menteri kelapan itu dan diambil tindakan sewajarnya,”katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di hadapan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.

Menurutnya terdapat kira-kira 60 buah kampung di daerah ini termasuk Kampung Baru Cina dan Kampung Orang Asli akan membuat laporan polis secara berperingkat.

Katanya, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu dalam ceramahnya seolah-olah mengatakan Yang di-Pertuan Agong ketika itu gagal menghormati peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya bahawa ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bersifat fitnah, menghasut serta dengan jelas menyentuh isu 3R,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Bukit Piatu, Jaafar Abdul Majid berkata, penduduk kampung mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilakukan Muhyiddin terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu.

Katanya, beliau bersama ketua-ketua kampung lain akan membuat laporan polis secara berperingkat selepas ini agar tindakan tegas dikenakan kepada Muhyiddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI