fbpx

15 anggota bomba dikerah selamatkan wanita terjerlus di Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mencari seorang wanita warga India berusia 48 tahun yang terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

KUALA LUMPUR – Seramai 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terlibat dalam operasi mencari dan penyelamat (SAR) seorang wanita warga India berusia 48 tahun sekitar Jalan Masjid India, di sini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.23 pagi tadi.

Keluaran pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta bantuan dari BBP Hang Tuah bersama jentera dengan kekuatan 15 anggota lain-lain pangkat sebagai ‘first responder’.

Menurut Komander Operasi PKPgB Mohd Riduan Akhyar, setibanya di lokasi kejadian terdapat mangsa wanita, 48, terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

”Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter.

“Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Unit STORM dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan penyelamat baru sahaja mengeluarkan kerusi batu yang turut terjatuh ke dalam tanah mendap itu.

Ahli keluarga mangsa masih belum bersedia ditemu bual pemberita susulan masih trauma dengan kejadian malang menimpa mangsa ketika berjalan kaki di kawasan terbabit sekitar pukul 8 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI