fbpx

Wanita bawa pistol mainan sudah samun dua kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar CCTV memaparkan suspek disyaki wanita sama yang melarikan gelang emas dalam dua kejadian di Pulau Sebang dan Jalan Pasar, Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Dua individu termasuk wanita yang diburu selepas dipercayai melarikan gelang tangan emas dengan membawa pistol mainan di sebuah premis di Alor Gajah semalam melakukan kes sama di kedai emas lain bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, semakan pihaknya mendapati individu sama melarikan barang kemas bernilai RM15,000 di Pulau Sebang.

“Modus operandi suspek adalah berpura-pura menjadi pelanggan dengan mahu melihat barang kemas sebelum melarikan aksesori itu.

“Kita percaya suspek wanita berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman pesanan suara seorang lelaki turut tular melalui WhatsApp yang meminta orang ramai membantu mengesan dua individu bersama maklumat kenderaan mereka iaitu Toyota Yaris.

Beberapa keping gambar tangkap layar suspek menerusi rakaman televisyen litar tertutup turut disebarkan yang memaparkan wanita itu berpura-pura merakam gambar seutas gelang emas menggunakan telefon bimbitnya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis memburu dua suspek termasuk seorang wanita disyaki melarikan dua utas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Pasar.

Ashari berkata, suspek telah masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura ingin melihat gelang tangan emas sebelum tiba-tiba melarikan barangan perhiasan itu menaiki sebuah Toyota Yaris dipandu seorang lelaki.

Tambahnya, ketika suspek bangun dari kerusi, pengadu turut mendakwa telah terlihat sepucuk pistol disyaki pistol mainan di dalam bag tangan wanita terbabit.

Suspek melarikan gelang tangan bentuk kait satu stamping berat lebih kurang 15.83 gram dan gelang tangan bentuk dunhill vencon stamping anggaran berat 13.43g.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI