fbpx

[VIDEO] Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Afzan dan FD Idzham selamat diijab kabulkan dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, malam ini.

PETALING JAYA – Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, malam ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.

Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu tampak segak dan manis mengenakan baju Melayu dan baju kurung berona putih.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.

Selepas selesai akad nikah, FD Idzham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.

Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.

Doa kemudiannya dibaca oleh Mufti Negeri Pahang sambil menyaksikan Tengku Afzan sebak mengalirkan air mata diikuti dengan bondanya, Tengku Ampuan Pahang yang kelihatan tidak mampu menahan rasa sedih melepaskan anakanda perempuan Baginda.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI