fbpx

UPNM anjur persidangan ICHiSS 2024, bahas kajian akademik sains sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan ICHiSS 2024 berlangsung selama dua hari bermula semalam bagi membincangkan dan membahaskan penemuan kajian-kajian dari pelbagai sudut akademik dalam sains sosial.

PETALING JAYA – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menganjurkan 16th International Conference On Humanities And Social Science 2024 (ICHiSS) bagi membincangkan dan membahaskan penemuan kajian-kajian dari pelbagai sudut akademik dalam sains sosial.

Persidangan yang berlangsung bermula semalam sehingga hari ini merupakan kolaborasi antara Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM dan The Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University, Thailand.

UPNM dalam kenyataan hari ini berkata, perasmian ICHiSS 2024 disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Tema yang diangkat pada kali ini ialah ‘Digital Transformation in Humanities and Social Sciences’ berkisarkan cabaran global pada abad ke-21 dalam kalangan komuniti antarabangsa.

Terdapat empat topik ucaptama antaranya ‘Reshaping Realities: Navigating the Digital Frontierin Humanities and Social Sciences’ yang disampaikan oleh Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah.

Selain itu ucaptama bertajuk ‘Empowering the Impact of Digital Transformation on Workplace Occupational Safety and Health Sustainability in Humanities and Social Science Disciplines’ pula disampaikan oleh Pakar Teknikal 1 di Bahagian Perunding, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan NIOSH, Ts. Mohd. Esa Baruji.

Ucaptama ketiga bertajuk ‘Digital Transformation in Language Teacher Education and Teacher Development’ turut disampaikan oleh Pensyarah Pendidikan Bahasa Inggeris Universiti Malardalen, Sweden, Prof. Dr. Oclay Sert.

Bagi ucaptama bertajuk ‘Embracing the Digital Renaissance: Transforming Humanities and Social Sciences in the Digital Age’ ia disampaikan oleh Ketua Setiausaha, Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, Kementerian Luar Negeri, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Indera Dr. Khalid Ghanim Al Ghaith.

Turut hadir majlis perasmian termasuklah pegawai-pegawai kanan, para pendidik dan pensyarah institusi akademik, para pelajar graduan dan pengamal industri yang berkongsi hasil kajian mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI