fbpx

UMNO perlu sesuaikan diri dalam situasi berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar ketika bertemu perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR – Parti UMNO mesti bijak menyesuaikan diri dalam situasi yang sudah berbeza ketika ini yang mana rakyat sudah bijak, maklumat di hujung jari mereka dan mempunyai banyak pilihan.

Justeru Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO mesti menyesuaikan pendekatan dan strategi menghadapi situasi yang berubah dan pembaharuan perlu dilakukan dalam banyak keadaan jika mahu parti tersebut terus diterima.

“Paling utama, usah lari daripada berjuang untuk rakyat, ini mesti UMNO utamakan. Kita mesti utamakan kepentingan rakyat dalam banyak keadaan. Merekalah segalanya. Kita, yakni UMNO mesti letakkan diri kita penting kepada rakyat.

“Apabila UMNO dilihat penting kepada rakyat. Berjuang dan membela kepentingan mereka. Percayalah rakyat akan bersama UMNO,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Facebook hari ini.

Tambah Shamsul Anuar, realitinya ahli dan majoriti rakyat mahu UMNO terus menjadi parti yang kekal dengan identiti dan ideologinya.

Orang Melayu katanya, telah berdekad lamanya bersama UMNO mahu parti itu kekalkan dengan perjuangan untuk Islam, Melayu dan bumiputera.

“Begitupun membuktikan kematangan, UMNO tetap menghormati hak dan kepentingan kaum serta agama lain sesuai sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Pentingnya dalam apa juga isu berkaitan Islam, Melayu dan bumiputera, UMNO mesti menjadi pembelanya. Bertindak, dengan bijaksana, jangan sesekali UMNO gentar menghadapinya.

“Kerana hakikatnya orang Melayu bumiputera mahu bernaung di bawah parti yang boleh membela kepentingan mereka. Ini sudah pasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI