fbpx

Tya Arifin umum hamil anak ketiga menerusi hebahan ‘surat khabar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tya yang merupakan menantu Siti Nurhaliza kini hamil anak ketiga.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini hamil anak ketiga dan kandungannya kini kian menampakkan baby bump.

Menariknya, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandri Arifin, 30, berkongsi pengumuman tersebut menerusi bacaan surat khabar yang tertera berita tersebut.

Pelakon drama Preman Pensiun itu memegang surat khabar dengan paparan tajuk berita welcome little one (selamat datang anak kecil) sementelah suaminya pula membaca akhbar tertulis baby is on the way! (bayi dalam perjalanan).

Dalam hantaran tersebut, pelakon asal Indonesia itu turut meninggalkan kapsyen ringkas meminta peminat meneka berita atau pengumuman yang ingin dikongsi.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen bagi mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit, bahkan Tya juga tidak menafikan bakal terima ahli keluarga baharu dengan membalas ucapan terima kasih.

“Tahniah Tya dan Asyraf. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk kalian dan juga bayi,” kata pengikut.

“Ini adalah pengumuman paling comel. Tahniah pasangan kegemaran saya,” ujar peminat.

Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI