fbpx

Tim Walz regu Kamala Harris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Walz semasa selepas berucap di Konvensyen Kebangsaan Demokrat di arena United Center, Chicago semalam. – AFP

WASHINGTON – Tim Walz memperkenalkan diri kepada berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat (AS) pada Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat semalam selepas beliau menerima pencalonan menjadi regu Kamala Harris dalam pilihan raya Presiden, November ini.

Dalam sesi ‘perkenalan’ selama 15 minit, Walz berkata, beliau berasal daripada keluarga kelas pertengahan di bandar Nebraska. Menurut Walz yang pernah bekerja di ladang milik keluarga,  pengalamannya sebagai pendidik telah memberikan beliau inspirasi untuk menceburi politik.

“Mereka melihat dalam diri saya apa yang saya harap dapat sematkan ke dalam diri mereka: komitmen untuk kebaikan bersama, pemahaman kita semua seperti sebuah pasukan dan kepercayaan bahawa seseorang boleh membawa perubahan sebenar kepada jiran-jiran,” kata Walz.

Pengumuman tentang pencalonan Walz dibuat ketika Gabenor Negeri Minnesota berusia 60 tahun itu membidas calon Parti Republikan, Donald Trump dengan menuduh beliau hanya pandai ‘membuang masa dengan menghina dan menyalahkan orang lain.’

Kesepadanan antara Harris, 59, dan Walz serta sambutan hangat pada perhimpunan mereka telah meningkatkan harapan ahli-ahli Demokrat bahawa mereka dapat mengalahkan Trump, 78, pada November ini.

Beberapa tinjauan pendapat menunjukkan mereka bersaing rapat tetapi Harris sedikit mendahului sekali gus perubahan besar selepas Trump dilihat mengukuhkan kedudukannya sebulan lalu. 

Sekiranya menang dalam pilihan raya tersebut, Walz akan menjadi Naib Presiden AS yang baharu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI