fbpx

Tengku Afzan, FD Idzham akad nikah pukul 8 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istiadat akad nikah Tengku Afzan dan FD Idzham akan bermula pukul 8 malam ini.

PETALING JAYA – Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar akan bermula dengan istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, pukul 8 malam ini.

Istiadat itu akan disiarkan kepada rakyat Pahang secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Tasik KotaSAS.

Menerusi laman TikTok @KotaSas, keluarga kepada FD Idzham kelihatan singgah di Tasik KotaSAS kira-kira dua jam lalu bagi meninjau persiapan reruai penjual makanan, minuman dan barangan di Pasar Teja.

Kelihatan pelbagai reruai yang menarik sudah pun tersedia bagi menyambut kedatangan orang awam untuk sama-sama menonton istiadat akad nikah Tengku Afzan bersama FD Idzham yang berlangsung malam ini.

Selain itu, terdapat juga pertandingan pakaian terbaik bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja di mana pemenang akan diumumkan di layar besar pada setiap malam.

Sementara itu, suasana di MBK juga tidak kurang meriahnya apabila persiapan dilakukan dengan rapi oleh pihak penganjur iaitu Pasar Sera dengan pelbagai hiasan bunga menarik disediakan untuk orang awam.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI