fbpx

Tanah runtuh akibat hujan lebat, sebuah rumah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang - Kem Wardiburn, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardiburn, di sini, terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat, hari ni.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 5.43 petang tadi.

Katanya, enam anggota lain-lain pangkat serta sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati terdapat kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit.

“Maklumat yang diterima daripada pihak polis, penghuni rumah yang berhampiran telah diarahkan keluar dan masih terdapat pergerakan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan operasi pemantauan masih diteruskan oleh anggota di lokasi kejadian.

“Setakat ini hanya sebuah rumah sahaja yang terlibat, bagaimanapun terdapat rumah yang berdekatan dengannya.

“Pihak polis telah mengarahkan untuk mengosongkan rumah terbabit disebabkan terdapat pergerakan tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI