fbpx

Sukma 2024: Terengganu terpaksa lupakan pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELAKA cipta kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan acara bola sepak, Terengganu 4-3 pada penentuan penalti dalam aksi separuh akhir di Stadium Mukah, hari ini. - UKAS

KUCHING – Melaka cipta kejutan terbesar dalam acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Terengganu 4-3 pada penentuan penalti dalam aksi separuh akhir di Stadium Mukah, hari ini.

Walaupun dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan, Subri Sulong, Terengganu dilihat berada dalam keadaan tertekan apabila gagal mendapatkan jaringan sepanjang babak pertama.

Memasuki minit ke-71, situasi Terengganu makin sukar apabila Afiq Norizan terlebih dulu meletakkan pasukan lawan namun selang 15 minit selepas itu, kedudukan kembali seimbang apabila ketua pasukan Melaka, Firdaus Mohd Ya’akub tertampan bola ke gawang sendiri.

Selepas kedudukan terikat 1-1, Melaka nyata lebih bersedia untuk memastikan slot final sekaligus menempah pertemuan dengan Wilayah Persekutuan.

Pada satu lagi aksi separuh akhir di Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Wilayah Persekutuan yang terikat tanpa jaringan dengan Kelantan berjaya mengesahkan kemaraan ke final selepas menang 4-2, juga menerusi penentuan penalti.

Esok Terengganu dan Kelantan akan turun ke Padang MDDM bagi aksi penentuan pingat gangsa manakala final dijadualkan berlangsung di Stadium Mukah, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI