fbpx

Sukma 2024: Mitsuki terlalu sukar untuk digugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN hoki kebangsaan, Mitsuki Wei tidak berdepan masalah untuk menghadiahkan pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2024. - UKAS

KUCHING – Reputasi besar selaku pemain kebangsaan menyaksikan Mitsuki Wei Kang Leong berjaya mengesahkan kilauan pingat emas tenis dalam acara perseorangan di Gelanggang Tenis SLTA, hari ini.

Dalam saingan akhir, Mitsuki yang mewakili Perak mengetepikan rakan sepasukan, Daniel Leong Prickett 6-1 dan 6-4 manakala wakil Wilayah Persekutuan, Darrshan Suresh Kumar raih gangsa.

Kejayaan untuk mempertahankan pingat emas nyata menghadirkan kepuasan buat Mitsuki namun tetap memberikan pujian kepada Daniel.

“Saya mengakui rakan sepasukan memberi tentangan sengit namun pengalaman di peringkat antarabangsa banyak mengajar saya untuk kekalkan konsisten pada perlawanan ini.

“Selepas ini, saya akan memberi tumpuan pada penyertaan di peringkat antarabangsa. Sukan Malaysia (Sukma) 2024 jadi periapan yang bagus sebelum saya sertai kejohanan akan datang,” katanya.

Dalam acara perseorangan wanita, pingat emas dimenangi oleh wakil Selangor, Sharifah Elsa Wan Abdul Rahman selepas menewaskan pemain Perak, Shihomi Li Xuan Leong 6-1,6-1.

Pemain Terengganu, Anja Samia Nayar pula membawa pulang gangsa selepas peserta Wilayah Persekutuan, Nao Ziyi Phang menarik diri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI