fbpx

Sukma 2024: ‘Langkahan emas’ Fakrul gegar gelanggang olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARI Kelantan, Muhammad Fakrul memperbaharui rekod kebangsaan miliknya ketika memenangi pingat emas 400m lari berpagar Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Sarawak, hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Jaguh 400 meter (m) lari berpagar Kelantan, Muhammad Fakrul Afizul Nasir sekali lagi menyerlahkan ‘langkahan emas’ miliknya apabila memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara itu.

Dalam aksi final hari ini, Muhammad Fakrul merekodkan 51.11 saat (s) untuk muncul atlet olahraga pertama yang cipta rekod kebangsaan di Sukma 2024.

“Pertama sekali saya cukup gembira kerana dapat habiskan larian dengan baik dan memecahkan rekod saya sendiri. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya terutamanya jurulatih dan kedua-dua ibu bapa saya.

“Pada awalnya memang saya datang ke Sukma dengan misi untuk memecahkan kebangsaan,” katanya.

Catatan itu menyaksikan Muhammad Fakrul memperbaharui rekodnya sendiri iaitu 51.26s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Asia di Yecheon, Korea Selatan, 7 Jun tahun lalu.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Johor, Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar (53.20s) manakala gangsa menjadi milik Wilayah Persekutuan menerusi Emmanuel Muphy Josbert (53.50s).

Dalam saingan wanita, pelari Johor, Nur Shaqirah Cik Mat Kilau merangkul emas dengan catatan 63.36s diikuti seorang lagi wakil Kelantan, Siti Nur Faqihah Saidi (63.44s) manakala atlet Sabah, Frenynila Sherly Lucius memenangi gangsa (64.22s). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI