fbpx

Stor simpan arak diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SOHAIMI (dua dari kiri) menunjukkan minuman keras yang dirampas pada sidang akhbar di Dewan Ibu Pejabat Polis Seri Alam , Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah premis runcit di Masai, Pasir Gudang yang dijadikan lokasi penyimpanan pelbagai jenis arak bernilai RM50,000 diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.

“Sebanyak 537 tin dan botol minuman keras bernilai RM50,000 termasuk cukai dirampas. Kesemua barangan itu disimpan di bilik stor. Pemilik premis sedang diburu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sohaimi, suspek ditahan reman selama 12 hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Polis akan terus membanteras kegiatan penyeludupan, kita turut memberikan amaran terhadap mana-mana pihak untuk menghentikan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI