fbpx

Sewa RM400, tuai hasil RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraidah menunjukkan jagung yang ditanamnya di Kampung Nyatuh, Setiu semalam.

SETIU – Walaupun tidak memiliki tanah sendiri, namun ia bukan penghalang buat pasa­ngan suami isteri untuk bergelar usahawan tani sehingga mampu meraih pendapatan sebanyak RM10,000 bagi setiap musim tuai­an.

Zuraidah Mohd. Noor, 40, berkata, dia dan suaminya, Azmi Abdullah, 47, menyewa tanah seluas 1.6 hektar milik seorang penduduk pada kadar RM400 setahun untuk menanam tembikai dan jagung.

“Kami menanam tembikai dan jagung secara bergilir-gilir bagi mengekalkan kesuburan tanah.

“Misalnya pada awal tahun ini, kami menanam tembikai yang dituai sepenuhnya pada Mei lepas sebelum menanam jagung pula,” kataya ketika ditemui di kebunnya di Kampung Nyatuh di sini semalam.

Zuraidah memberitahu, sistem penggiliran yang diamalkan mereka bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos operasi kerana menggunakan batas dan sistem pengairan sedia ada.

Menurut ibu tiga anak itu, buat masa ini, dia dan suaminya sedang menunggu hasil jagung baka madu dan mutiara yang diusahkan.

Kedua-dua varieti jagung itu mendapat permintaan tinggi pada harga borong yang boleh mencecah RM1 setongkol.

“Bagi jualan runcit, kami menjual jagung madu dan mutiara pada harga RM10 untuk lapan tongkol,” katanya.

Tambah Zuraidah, mereka menganggarkan hasil tuaian ja­gung pada musim ini boleh mencapai RM10,000. Selain dipasarkan kepada pemborong, pasangan itu turut menjual sendiri tembikai dan jagung di tepi jalan berdekatan rumah mereka.

“Alhamdulillah, inilah sumber rezeki kami sekeluarga sejak le­bih 10 tahun lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI