fbpx

SC digesa siasat syarikat pelaburan ala pinjaman, rugi hampir RM47 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin bersama mangsa pelaburan ala pinjaman menyerahkan surat aduan kepada SC, di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyiasat sebuah syarikat pelaburan ala pinjaman yang didakwa beroperasi secara tidak sah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, syarikat tersebut juga telah menyebabkan kerugian dianggarkan RM47 juta terhadap pelaburnya yang rata-ratanya terdiri daripada warga emas.

Katanya, semakan dilakukan mendapati syarikat tersebut disyaki tidak mendapat kebenaran daripada SC bagi urusan mengutip wang pelaburan.

“Sudah sedia maklum bahawa sebuah syarikat sendirian berhad tidak boleh menerima sebarang pendanaan awam seperti mana yang telah diwartakan di bawah Akta Syarikat 2017.

“Tambahan lagi syarikat yang ingin menawarkan sesuatu skim pelaburan itu juga perlu mendapatkan lesen dan juga kebenaran daripada pihak berkuasa yang mengawal selia skim-skim pelaburan di dalam negara ini.

“Syarikat ini perlu disiasat di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, saya percaya pihak SC sangat cekap dan pantas dalam melakukan siasatan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat SC, di Bukit kiara, di sini, hari ini.

Tambah Hishamuddin, pihaknya mewakili mangsa pelaburan berharap pihak SC dapat membuka kertas siasatan dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang mangsa pelaburan, Azli Ismail, 60-an berkata, dia kerugian sebanyak RM75,000 selepas terjerat dengan penipuan tersebut pada tahun 2019 hasil pujuk rayu rakannya.

Jelasnya, bagi perjanjian pertama melibatkan RM50,000 dijanjikan ‘hibah’ 10 peratus setiap bulan, manakala RM25,000 pula akan mendapat pulangan cecah 55 peratus setiap tiga bulan.

“Keuntungan hanya dapat merasa beberapa bulan sahaja. Pegawai pemasaran syarikat tersebut siap yakinkan kami bahawa kalau syarikat ini tumbang, dia sendiri akan keluar duit poket bayar ganti rugi, jadi kami lagi tambah yakin.

“Taktik mereka sebarkan pelaburan ini adalah mulut ke mulut dan tidak menggunakan media sosial, duit RM75,000 ini hasil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil pencen kerja pengurus kilang, nasib baik dah selesaikan semua hutang,” katanya,

Terdahulu, media melaporkan, pengarah dan pegawai pemasaran syarikat tersebut telah didakwa di mahkamah pada 2021, namun kedua-dua mereka dibebaskan tanpa dilepaskan disyaki kerana ada pengadu menarik balik laporan.

Kedua-dua individu tersebut didakwa dibebaskan selepas melakukan urusan penyelesaian di sebalik tabir dengan beberapa mangsa sehingga menyebabkan pertuduhan itu tidak diteruskan.

Rentetan itu, MHO menggesa mana-mana mangsa yang belum membuat laporan polis bagi siasatan dapat diteruskan semula terhadap dua individu bertanggungjawab itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI