fbpx

Rider demam hantar minuman kepada hantu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suttinai menghantar pesanan minuman di Balai Polis Pakkret. - Amarin TV

BANGKOK  – Seorang penghantar makanan di Bangkok berdepan detik menyeramkan apabila dia menerima pesanan daripada pelanggan yang sudah mati, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suttinai Khamchuen, 30, berkata, kejadian berlaku pada Isnin lalu apabila dia menerima pesanan daripada seorang pegawai polis di Balai Polis Pakkret dalam  wilayah Nonthaburi.

Menurut Suttinai, pelanggan berkenaan memesan enam botol air minuman dan dua cawan kopi serta meletakkan balai polis berkenaan sebagai alamat penghantaran.

Sebaik tiba, Suttinai memaklumkan kepada pegawai balai bahawa dia berada di sana untuk menghantar pesanan  itu. 

Bagaimanapun, pegawai berkenaan enggan menerima barang-barang tersebut. Tegasnya,  tiada sesiapa di balai yang membuat pesanan seperti yang dikatakan oleh Suttinai. 

Suttinai kemudian meninggalkan barang-barang itu di luar balai dan berlalu pergi.

Selepas kejadian, dia meminta seorang kenalan menyemak nama pegawai polis yang membuat pesanan dan mendapati pegawai berkenaan meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Februari lalu.

Ketika bertanya kepada seorang  pegawai polis lain, Suttinai mendapati dia bukan satu-satunya penghantar makanan yang pernah menghadapi kejadian menyeramkan itu.

Seorang lagi penghantar makanan turut menerima tempahan minuman yang sama dan menghantarnya ke balai polis berkenaan sebelum ini.

Meskipun tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba mengenakannya, Suttinai mengakui ia adalah pengalaman yang menyeramkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI