fbpx

Rider ‘body shaming’ mahasiswi selepas curi rakam mangsa  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan rider itu ‘body shaming’ selepas ditangkap mengambil gambar seorang mahasiswi. - X

JAKARTA  –  Seorang penghantar barang mengundang kecaman orang ramai selepas menghina bentuk tubuh seorang mahasiswi dalam kejadian di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah, lapor saluran berita Kompas.com semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @Heraloxxx, seorang wanita dilihat menjerit dan meminta penghantar barang terbabit memadam foto rakannya yang dirakam. 

Gara-gara tertangkap, penghantar barang itu nekad menghina bentuk tubuh mangsa sebelum beredar. 

“Geram! Rider ‘body shaming’ seorang mahasiswi. Terbaik, kerana kamu berani melawan dan membela rakan anda,” demikian menurut keterangan klip video tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mendapat lebih 2.2 juta tontonan, sehingga dilihat oleh syarikat Grab Indonesia. 

“Grab Indonesia turut berduka cita atas tindakan penganiayaan yang terjadi pada seorang mahasiswi di Palangkaraya, Kalimantan Tengah,” kata Direktor Grab Indonesia, Halim Wijaya. 

Tambah Halim, pihaknya sudah mengambil tindakan tegas terhadap rider berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI