fbpx

Ingat anak kandung, rupanya warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek diberkas di UTC Komtar, semalam.

GEORGE TOWN – Seorang remaja warga Sri Lanka sanggup mengaku rakyat tempatan semata-mata mahu memohon pasport Malaysia ketika berurusan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pulau Pinang di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, penahanan ke atas suspek dilakukan selepas dia mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan.

Menurutnya, wanita warga Malaysia itu turut mengaku sebagai ibu kepada remaja lelaki berkenaan.

“Penyelia bertugas telah menyedari bahawa keadaan fizikal remaja itu tidak sepadan dengan kanak-kanak berusia 10 tahun dan mendapati dia tidak memahami sebarang soalan yang diajukan.

“Siasatan awal, remaja berkenaan tidak boleh berbahasa Melayu manakala soal siasat oleh pegawai berbangsa India mendapati pertuturannya juga bukanlah dalam dialek Tamil yang diucapkan orang India di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, hasil siasatan lanjut telah membawa kepada pengakuan oleh wanita terbabit yang dia bukanlah ibu kepada remaja lelaki tersebut.

“Dia mengaku telah menerima sejumlah wang sebagai ganjaran untuk urusan tersebut manakala remaja lelaki itu juga mengaku merupakan seorang warga Sri Lanka.

“Susulan daripada itu, kedua-duanya diberkas di bawah Akta Pasport 1966 untuk siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI