fbpx

Raja Permaisuri Agong rasmi Floria Diraja Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Permaisuri Agong (tengah) ketika berkenan berangkat dan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2024, hari ini.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat dan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2024, hari ini.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong juga berkenan melawat tapak festival di Presint 2 Putrajaya yang mempamerkan pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan.

Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian disamping Baginda diperkenalkan dengan hibrid baharu orkid daripada spesies Vanda dengan nama Vandachostylis Queen Zarith Sofiah.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Noridah Abdul Rahim dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Floria Diraja Putrajaya yang mempamerkan lebih 500 jenis Orkid daripada pelbagai spesies dan hibrid adalah merupakan acara ikonik anjuran Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI