fbpx

Pusat hiburan ‘kayangan’ tawar GRO RM20,000 diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing diperiksa pada serbuan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Empat pusat hiburan disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bermula harga RM1,000 sehingga RM20,000 terbongkar dalam serbuan di sebuah bangunan, di Jalan Raja Chulan, di sini, awal pagi tadi.

Keistimewaan bagi GRO ‘kelas atasan’ yang mencecah RM20,000 difahamkan akan memperagakan selempang yang disediakan sebelum melakukan aktiviti tidak bermoral bersama pelanggan.

Wartawan Kosmo! yang mengikuti serbuan bermula pukul 12.45 tengah malam sehingga pukul 3 pagi itu mendapati empat pusat hiburan tersebut beroperasi di dalam sebuah bangunan 21 tingkat yang dikawal ketat pengawal keselamatan serta televisyen litar tertutup (CCTV).

Perjalanan bagi pengunjung menuju ke premis yang beroperasi sejak Julai tahun ini perlu melalui beberapa premis yang sedang diubah suai sebelum tiba di pusat hiburan tersebut.

Bagi memastikan aktiviti haram tersebut sukar dikesan pihak berkuasa, hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan memasuki premis itu melalui tempahan secara dalam talian.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen (JIM), Jafri Embok Taha berkata, Op Gegar yang dijalankan itu membabitkan 55 pegawai daripada JIM Melaka dan JIM Kuala Lumpur selepas risikan dilakukan selama dua bulan.

Katanya, pemeriksaan terhadap 300 individu termasuk termasuk warga tempatan membawa kepada penahanan 213 individu melibatkan 109 wanita dan 104 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 186 warga China, Kemboja (2), Hong Kong (2), Bangladesh (1), Pakistan (1), Sierra Leon (1), Myanmar (1), Thailand (1), Taiwan (1), Indonesia (1), Antigua and Barbuda (1) dan Saint Kitts and Nevis (1).

“Siasatan awal kesemua wanita China disyaki GRO yang dibawa oleh pengunjung premis sebagai teman berhibur,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, awal pagi tadi.

Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Tambah beliau, harga ditawarkan bagi sebuah bilik bermula RM4,000 sehingga RM30,000 bermula pukul 11 malam sehingga pukul 3 pagi untuk pengunjung berhibur.

Mengulas lanjut, Jafri berkata rata-rata warga asing yang ditahan ini masuk ke dalam negara sebagai pelancong dan antara kesalahan yang dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, salah guna pas serta tiada dokumen perjalanan sah.

Tambah Jafri, tindakan tegas juga diambil terhadap warga tempatan yang ditahan dipercayai menggajikan warga asing dan JIM sama sekali tidak bersekongkol dengan mereka terlibat.

“Tindakan akan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI