fbpx

Produk kecantikan diboikot gara-gara Marissa Dania?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marissa Dania dikatakan menjadi punca sebuah produk kecantikan menjadi mangsa boikot.

RUPA-RUPANYA kemarahan segelintir individu terhadap anak kepada Norman Hakim iaitu Marrisa Dania belum surut apabila masih lagi timbul isu boikot.

Terbaharu, pengasas produk kecantikan Avenys, Aleeya Zailan mendedahkan ada pihak mahu memboikot barangan keluaran syarikatnya kerana tidak berpuas hati melihat kehadiran madu Umisya Mazlan itu ke majlis pelancaran.

Selaku ketua pegawai eksekutif syarikat, Aleeya menegaskan Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam hanya hadir sebagai jemputan pada majlis pelancaran produk penjagaan diri di bawah rangkaian Sun Specturm+.

Kemunculannya yang kemudian dikongsi dalam laman sosial mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas menyangka Marissa dilantik sebagai duta.

Tampil menjelaskan keadaan, Aleeya berharap pihak yang salah faham tidak emosi sebaliknya bertenang agar kehadiran wanita terbabit ke majlis tidak disensasikan.

Mizz Lahar pun rasa tiada lagi isu berbangkit kerana Umisya sebelum ini nampak macam sudah terbuka terima kenyataan hidup bermadu.

MIZZ LAHAR: Kagum dengan kejayaan seorang penyanyi yang mampu menyembunyikan status sebagai suami dan bapa tiga anak.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI