fbpx

Pesara guru dimasyhur Undang Luak Rembau ke-22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Sedia Raja Datuk Abd. Rahim Yassin, 68, yang merupakan seorang pesara guru dimasyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dalam satu Istiadat Pemasyuran di Balai Undang Luak Rembau, hari ini. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

REMBAU – Seorang pesara guru dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dalam satu Istiadat Pemasyhuran di Balai Undang Luak Rembau, di sini, hari ini.

Datuk Abd. Rahim Yassin, 68, sebelum ini merupakan Orang Besar Undang Yang 4 dengan jawatan Datuk Syahbandar sejak Februari 1999.

Graduan pendidikan Universiti Putra Malaysia itu berkhidmat sebagai guru di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan selain menjadi ketua bidang dan ketua unit di peringkat Jabatan Pendidikan.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rembau sebelum bersara pada Oktober 2014. Beliau pernah menerima anugerah Tokoh Guru Daerah Rembau pada 2016, dan Tokoh Maal Hijrah daerah pada 2015.

Istiadat Pemasyhuran dimulakan dengan Istiadat Menjemput Undang sebelum penyerahan Keris Pesaka kepada Abd. Rahim oleh Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin.

Istiadat itu dilaksanakan susulan kekosongan jawatan selepas penyandangnya, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 15 Mei lalu. Kali terakhir majlis berkenaan diadakan pada 1998.

Seramai enam calon akhir disenaraikan dan melalui proses temu duga bagi memastikan calon terbaik dipilih sebagai Undang Luak Rembau ke-22. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI