fbpx

Penjahat culik, bunuh raja Sokoto di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan monarki Sokoto, Isa Bawa. – AGENSI         

KANO, Nigeria – Kumpulan lelaki bersenjata di barat laut Nigeria membunuh seorang pemerintah tradisional berpengaruh yang mereka culik tiga minggu lalu kerana lewat membayar wang tebusan, beberapa hari selepas beliau muncul dalam rakaman video merayu supaya dibebaskan, kata seorang pegawai istana kepada AFP semalam.

Emir negeri Sokoto, Isa Bawa diculik bersama anaknya ketika dalam perjalanan ke bandar kelahiran beliau, Sabon Birni dekat sempadan Niger selepas menghadiri mesyuarat di ibu negeri Sokoto.

Sebilangan negeri di barat laut dan tengah Nigeria selama bertahun-tahun menjadi sasaran kumpulan-kumpulan penyamun yang menyerbu banyak perkampungan penduduk.

Mereka membunuh, menculik dan membakar rumah selepas merompak penduduk.

“Yang Mulia ditembak mati oleh penculiknya semalam (kelmarin) ketika rundingan berlangsung untuk membayar wang tebusan yang dituntut,” kata pegawai berkenaan, Shuaibu Gwanda Gobir kepada AFP.

Kumpulan penyamun itu memberikan tarikh akhir kelmarin untuk pembayaran wang tebusan dan mengancam membunuh raja berusia 73 tahun jika wang itu tidak dibayar, kata Gobir.

Pembunuhan pemerintah tradisional menandakan cabaran keselamatan yang ditimbulkan oleh kumpulan-kumpulan penjenayah di Nigeria di mana mereka menjadi punca ramai komuniti petani dan penggembala menjadi pelarian selain menjejaskan pertanian serta mengancam keselamatan makanan.

“Mayatnya masih belum dibebaskan oleh penyamun. Keutamaan kami sekarang adalah untuk membebaskan anaknya yang masih dijadikan tebusan,” kata Gobir.

Polis di Sokoto tidak menjawab permintaan AFP untuk mengulas mengenai pembunuhan itu.

Banyak pemerintah tradisional Nigeria tidak mempunyai kuasa perlembagaan dan bergantung kepada kerajaan untuk membiayai kehidupan mereka. Bagaimanapun, mereka merupakan penjaga budaya penting dan mempunyai pengaruh besar pada rakyat.

Naungan mereka menjadi kunci kejayaan sesuatu pilihan raya dan memenangi hati rakyat  untuk dasar kerajaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI