fbpx

[VIDEO] Pengunjung PAU2024 ‘tersekat’, kenderaan ditenggelami air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan parkir bersebelahan WTCKL yang terjejas banjir ketika ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara ketika ini dinaiki air susulan hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi.

Keadaan tersebut turut menjejaskan hampir 50 pengunjung Perhimpunan Agung UMNO 2024 selepas kenderaan mereka ditenggelami air.

Tinjauan Kosmo! sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mendapati beberapa kawasan parkir yang menempatkan kenderaan pengunjung PAU2024 telah dinaiki air sehingga paras lutut.

Sementara itu, hujan lebat pada petang ini turut menjejaskan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Selain itu, menerusi laporan Astro Radio Trafik, berlaku banjir kilat dan air bertakung di laluan Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Dutamas, Jalan Kepong dan Jalan Kuching. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI