fbpx

Pendapatan tol WCE naik 93 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh raya WCE telah mecatat pertambahan volum trafik kenderaan setiap hari. -Gambar hiasan

PETALING JAYA –  WCE Holdings Berhad (WCE) mencatat  keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM18.1 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (1Q FY2025), naik 147 peratus kepada RM7.3 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pertumbuhan EBITDA menunjukkan bahawa prestasi keuntungan Kumpulan kekal kukuh.

Hasil pula direkodkan sebanyak RM75.6 juta bagi suku semasa mewakili penyusutan sebanyak 35 peratus berbanding RM116 juta pada 1Q FY2024 disebabkan  pengurangan aktiviti pembinaan apabila dua bahagian projek West Coast Expressway (WCE) telah disiapkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Bagi tempoh suku tersebut, Kumpulan merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM34.6 juta lebih tinggi daripada RM32.2 juta yang dicatat pada 1Q FY2024. 

Ini disumbangkan oleh kos faedah yang tinggi  telah dikenakan kepada keuntungan atau kerugian hasil daripada bahagian yang telah disiapkan pada suku berkenaan.

“Selain itu, segmen konsesi menyumbang pertumbuhan yang kukuh dalam bahagian tol yang mana ia  naik sebanyak 93 peratus ekoran kenaikan pendapatan dalam kutipan tol bagi 1Q FY 2025, ini dipacu oleh volum trafik yang tinggi setelah kedua-dua bahagian lebuh raya tersebut mula beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Projek WCE yang melibatkan lebuh raya sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak itu terus mencatat perkembangan yang baik.

Enam daripada 11 bahagian lebuh raya tersebut telah dibuka yang mana  bahagian ke-11 itu menandakan siapnya jajaran dalam negeri Perak.

Penbukaan bahagian terbaharu lebuh raya itu  pada musim perayaan hari raya bulan April lalu kini telah mencecah kepada 350,000 kenderaan sehari.

“Kumpulan menjangkakan lebih banyak pertambahan kenderaan apabila Bahagian 1 dan 2 dibuka pada masa depan.

“Kami optimis sebaik sahaja semua tol beroperasi sepenuhnya di lebuh raya berkenaan maka ia akan meningkatkan jumlah volum trafik sekali gus membolehkan Kumpulan menjana pertumbuhan hasil  dan dapat mengatasi kos faedah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI