fbpx

Pelajar tingkatan tiga didakwa bawa rakan ke ‘bilik tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR tingkatan tiga dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan merogol rakan sebayanya pada bulan Jun tahun ini.

BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan tiga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakan perempuannya pada akhir Jun lalu.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berusia 15 tahun. Remaja lelaki itu hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, remaja itu didakwa merogol kawan perempuannya yang ber yang berusia 15 tahun di Rengit di sini pada pukul 9 malam, hujung Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI