fbpx

Pelajar berpaut pada pintu lori bergerak laju 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan pelajar itu berpaut pada pintu lori yang terbuka luas di tengah jalan raya. - Tribunnews

JAKARTA  –  Perbuatan beberapa pelajar di Kota Parepare, wilayah Sulawesi Selatan yang ‘tergantung’ pada pintu lori yang sedang bergerak mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform media sosial, pelajar-pelajar itu dilihat berpaut pada pintu lori yang ternganga. 

Lebih mengejutkan, aksi berbahaya itu dilakukan di tengah jalan raya ketika lori bergerak laju.

Menurut pegawai polis tempatan, AKP Adnan Leppang, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa akan datang. 

“Aksi ini sangat berbahaya bagi pelajar dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kami sedang menyiasat untuk tindakan lanjut,” kata Adnan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI