fbpx

Pegawai khas ahli politik berdepan jel 20 tahun cabul pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINOOR didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan amang seksual ke atas pelajar perempuan berusia 16 tahun, bulan lalu.

MUAR – Bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Tertuduh, Zainoor Juma’at, 45, yang juga Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Bayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyentuh anggota badan bagi maksud seksual ke atas mangsa di sebuah kolam renang di Sri Gading, Batu Pahat pada pukul 6 petang, 25 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam Siti Aishah Mohd Rais.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI